SANTRI PUNYA BANYAK CERITA

Kecekalan Hati Adalah Anugerah

     Semua hari adalah sama: Jika datang hari yang sukar, perlu bersabar. Jika datang hari yang menyenangkan, wajib bersyukur.

     Seorang wanita beragama Keristian yang sepanjang usianya sentiasa hidup dalam kemiskinan, kelaparan dan kesusahan. Ia telah ditinggal mati suami tidak lama selepas mereka berkahwin. Selepas itu ia berkahwin dengan lelaki lain, tetapi suaminya yang kedua ini pun meninggalkannya, pergi dengan wanita lain, Dan tidak berapa selepas itu, suami keduanya itu ditemukan mati di rumah pelacuran.

     Yang tinggal dengan wanita itu hanyalah seorang anak. Tetapi itu pun tidak lama, empat tahun kemudian anak smata wayangnya meninggal dunia. Hal yang membuatnya lebih bersedih, anak itu mati kerana kelaparan dan penyakit menular.

     Setelah melalui bermacam-macam cobaan dan penderitaan, akhirnya perubahan drastik berlaku dalam hidupnya. Pada suatu hari ketika berjalan di kawasan rumahnya, kaki wanita itu terpeleset dan jatuh di tanah yang penuh dengan salji. Ia pingsan cukup lama.

     Selepas insiden itu, ia terpaksa pula menanggung sakit para di bagian kepalanya. Mengikut kata doktor dia  akan mati tidak lama lagi, dan kalaupun hidup ia akan lumpuh sepanjang hayat.

     Ketika wanita itu tidur di atas tilam dan bersamanya ada kitab suci, dia mendapat ilham dari tuhan untuk membaca kata-kata yang ada di dalam Injil Matius:" Ketika seorang yang lumpu terbaring di atas tilamnya, di bawah ke hadapan Isa a.s., Isa berkata kepada orang lumpu itu:" Berdirilah. Angkat tilammu dan pergilah kerumahmu.' Kemudian orang lumpuh itu bangun dan meninggalkan tempat itu".

     Wanita itu melafazkan kalimat-kalimat itu penuh keyakinan dan dorongan dari dalam dirinya hingga dia mampu bangkit dari tilamnya dan berjalan.

     Melalui pemgalaman yang dilaluinya itu akhirnya membuka jalan bagi wanita lumpu ini untuk merawat dirinya dan orang lain. Dale Carnegie berkata:" Inilah pengalaman yang menjadikan wanita itu, Marry Baker, pembawa agama baru Inilah satu-satunya agama yang disampaikan oleh seorang wanita.

     "BENTENG YANG PALING KUAT ADALAH WANITA SOLEHAH. SIKAP REDHA DAN BERSEDIA MENERIMA APA ADANYA (QANA'AH) ADALAH PERBENDAHARAAN YANG TIDAK KUNJUNG HABIS."


( terapi mengatasi kebosanan )

Jangan lupa komentarnya sobat