SANTRI PUNYA BANYAK CERITA

Sembunyi di Mana?


Terus terang saya katakan, saya adalah peminat tegar lagu-lagu nasyid suatu masa dahulu. Hanya lagu nasyid yang saya akan layan. Lagu lain, dengar tidak dengar sahaja. Tidak minat, kerana memandang negatif lagu tersebut.

Ish. jumudnya saya ketika itu. Jumud ni bermaksud, beku. berfikiran beku, tidak terbuka.

Melangkah ke alam universiti, saya sedikit demi sedikit terpengaruh untuk mendengar lagu lain selain lagu nasyid.

Saya melakukan banyak pembacaan berkaitan lagu dan muzik. Hukum muzik dan lain-lain. Semakin dikaji, hati ini semakin cenderung untuk mendengar dan melayan kesemua genre muzik. Rock? Balada? Pop? Semuanya saya layan.

Setelah sedar, rupanya genre muzik bukanlah penentu haram halal sesebuah lagu. Apa-apa genre sekalipun boleh asalkan ia bertujuan mengajak kepada kebaikan.

Memang betul. Lihat sahaja realiti masyarakat di sekeliling kita. Mereka mempunyai latar belakang yang pelbagai. Saling berbeza. Ada dalam kalangan mereka sejak kecil terbiasa dengan muzik rock, pop, dan lain-lain. Tidak dinafikan terdapat daripada mereka suka mendengar lagu nasyid semenjak kecil.

Bayangkan sekiranya hanya lagu nasyid sahaja daripada banyak-banyak genre lagu yang bertujuan mengajak kebaikan. Ia tidak universal, tidak menyeluruh. Ia tidak akan sampai kepada semua golongan masyarakat. 

Rugi.

Lagu-lagu untuk mengajak kepada kebaikan perlu ada dalam kesemua genre lagu. Barulah sampai kepada masyarakat. 

Seorang kawan menggesa saya agar mendengar sebuah lagu rock kumpulan wings bertajuk "SEMBUNYI". 

"Ko pasti terkejut dengan liriknya," kata kawan tersebut.

Memang betul. Bait-bait lirik lagu ini sarat dengan mesej yang sangat baik. Bahkan lagi baik daripada lirik sesetengah lagu nasyid yang ada pada hari ini.

Wow..saya sangat teruja. Sebab itu, saya ingin berkongsi lagu itu di sini. Dijemput untuk mendengar dan menghayati lagu ini.

Sumber, jahidihsaili

Jangan lupa komentarnya sobat