SELAMAT DATANG

Masalah Sosial Di Kalangan Pelajar



masalah Sosial Di Kalangan Pelajar
Adalah Tugasan kerja  Kuliya .jadi, artikel ini bisa di kaji kembali. mohon maaf klo terdapat banyak kekurangn 

Bahasa Melayu

PENGENALAN
Banyak yang telah kita dengar tentang gejala sosial. Berbagai gejala sosial
telah melanda masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu pelbagai
sekali baik yang dilakukan oleh remaja mahupun orang dewasa. Namun, oleh kerana
golongan remaja dan pelajar merupakan bakal pewaris negara, maka kegiatan
merekalah yang hangat diperkatakan dan mendapat perhatian daripada segenap
lapisan masyarakat. Media massa seringkali menyiarkan pelbagai berita dan cerita
tentang kenakalan remaja yang masih bersekolah dan pelbagai masalah sosial yang
melanda mereka ini. Melihat kepada masalah sosial dan perbuatan jenayah
membabitkan pelajar dan remaja benar-benar membimbangkan kita.
Pada peringkat pelajar dan remaja, seseorang individu mengalami perubahan yang
amat pesat sekali, sama ada dari segi fizikal, emosi mahupun sosial. Pada zaman
inilah para remaja mula terdedah kepada alam luas di luar rumah, malah
persekitaran ini sudah merupakan rumah kedua kepada mereka. Remaja juga belajar
banyak perkara yang tidak semuanya datang dari ibu bapa tetapi kebanyakannya
daripada persekitaran sosial yang mana ia membesar. Pada tempoh-tempoh inilah para
remaja mula mengubah tingkah laku, sikap, dan nilai, malahan seluruh cara hidup
daripada alam kanak-kanak kepada alam yang lebih matang dan dewasa (Bettelheim,
1950).
Mereka bukan sekadar nakal dengan menghisap rokok, bergaduh sesama sendiri atau
berkelakuan tidak senonoh malah gejala seperti membuang bayi, ponteng sekolah ,
lari dari rumah , seks bebas serta serta lagi melepak tidak memeranjatkan kita..
Mereka kini sudah berani melakukan perbuatan jenayah berat seperti menganggotai
kumpulan samseng seperti kumpulan gengsterisme , membunuh, samun tanpa senjata api
mahupun dengan senjata api, merogol, pelacuran, judi, vandalisme penyalahgunaan
dadah , minum minuman keras, terbabit video lucah dan sebagainya. Keadaan seperti
ini bukan sahaja berlaku disekolah bandar dan di pinggiran bandar, malah
disekolah luar bandar.

REMAJA DARI SUDUT PSIKOLOGI
Perubahan daripada alam remaja kepada alam dewasa merupakan satu masa yang
amat penting, di mana perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru lebih-lebih lagi
dengan gejala sosial akan bermula. Memahami siapa remaja adalah penting bagi
mengetahui mengapa mereka terlibat dengan gejala sosial ini. Ini kerana faktor
personaliti individu itu sendiri serta faktor perkembangannya mempengaruhi
tingkahlaku yang dilakukan olehnya. Perkataan remaja ataupun adolescene berasal
dari perkataan Latin iaitu “adolscere” yang bermaksud “membesar” atau “membesar
menjadi matang” (Rogers, 1981). Menurut Kamus Dewan (Edisi Ketiga), remaja
merupakan seorang yang mulai dewasa, sudah akil baligh, sudah cukup umur untuk
berkahwin dan sedang melalui proses inginkan cinta. Dari segi perspektif Islam
pula, remaja dianggap sebagai mereka yang sudah cukup umur atau diistilahkan
sebagai baligh. Pada peringkat ini, golongan remaja mengalami peralihan antara
zaman kanak-kanak dengan zaman dewasa.
Definisi remaja ini banyak diperkatakan oleh ahli psikologi dan ada di
antaranya mendefinisikan remaja sebagai suatu tempoh perkembangan fizikal, satu
konsep yang abstrak, satu fenomena sosiobudaya atau berdasarkan sikap remaja
terhadap kehidupannya. Persoalan yang sering dikaitkan dengan pencarian identiti
adalah merupakan persoalan utama bagi remaja. Persoalan seperti "Siapakah saya?",
"Apakah bidang kerjaya yang sesuai dengan saya?", dan sebagainya yang membawa
maksud identiti apa yang membuatkan seseorang itu berbeza dengan orang lain.
Mengikut seorang ahli psikologi Stanley Hall (1904), zaman remaja ialah jangka
masa seseorang itu mengalami berbagai cabaran dan tekanan ( storm and stress).
Ini kerana pada peringkat ini remaja mengalami perubahan fizikal, intelek serta
emosi dan terpaksa berhadapan dengan berbagai konflik di dalam dirinya dan juga
masyarakat.
Perkembangan fizikal remaja perlu diketahui bagi membantu memahami tentang
sesetengah remaja yang lambat atau cepat dalam pekembangan mereka dan apakah
kesan-kesan disebaliknya. De Brun (1990) pula, mendefinisikan remaja sebagai
tempoh pertumbuhan antara masa kanak-kanak dengan masa dewasa yang pada umumnya
bermula pada usia 12 tahun atau 13 tahun dan berakhir pada usia awal dua puluhan.
Manakala menurut Adams & Gullota (1997), masa remaja meliputi usia antara 11
tahun hingga 20 tahun. Havighurst dalam Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004)
pula, membahagikan masa remaja kepada dua iaitu awal remaja (12 hingga 18 tahun)
dan akhir remaja (18 hingga 22 tahun). Anna Freud (1990) pula berpendapat, pada
masa remaja berlaku proses perkembangan yang meliputi perubahan-perubahan yang
berhubung dengan perkembangan psikoseksual dan merupakan proses pembentukan
orientasi masa depan.
Daripada definisi remaja yang telah diberikan, secara keseluruhannya menyatakan
bahawa remaja merupakan satu tempoh peralihan dari zaman kanak-kanak ke alam
dewasa yang berlangsung dalam usia sekitar 13 tahun hingga 20 tahun. Pada
peringkat ini berlakunya perubahan yang pesat sama ada perubahan biologi, fizikal,
mental dan emosi serta perubahan tenggungjawab dan peranan. Jadi, untuk
mengimbangi perubahan-perubahan ini, golongan remaja sering berhadapan dengan
masalah dan konflik dalam mencari identiti diri. Oleh itu, berlakulah ketegangan
dan tekanan emosi dalam diri remaja. Jika diteliti secara mendalam zaman remaja
sebenarnya merupakan suatu proses dan bukannya satu jangkamasa. Kerana pada tahap
ini berlakunya proses mencapai atau memperolehi sikap dan kepercayaan yang
diperlukan demi penglibatan yang berkesan dalam masyarakat.

PERKEMBANGAN FIZIKAL REMAJA
Perkembangan fizikal remaja boleh dirujuk kepada perkembangan remaja dari
aspek biologi. Ketika ini remaja-remaja lelaki dan perempuan secara sedar atau
tidak akan mengalami perubahan dari segi bentuk tubuh dan emosi. Perubahan ini
berlaku akibat tindakan hormon. Kadar pembesaran dan perubahan remaja lelaki dan
perempuan juga adalah berbeza dan begitu juga dengan seorang individu dengan
individu yang lain. Antara perkembangan fizikal yang dilalui oleh remaja seperti
kematangan biologi, tingkahlaku heteroseksual dan akil baligh. Dari segi
kematangan biologi, pada awal alam keremajaan, remaja selalunya sibuk menyesuaikan
diri dengan pertumbuhan yang berlaku pada tubuhnya. Kesedaran ke atas kejantinaan
diri semakin bertambah. Hal ini akan memberi kesan kepada imej tubuh serta konsep
kendiri. Pada usia beginilah remaja akan lebih prihatin dengan keadaan tubuhnya.
Mereka akan sering membezakan dirinya dengan rakan sebaya yang lain.
Remaja yang cepat matang mempunyai beberapa kelebihan apabila dibandingkan
dengan yang lambat matang. Mereka terlebih dahulu mengambil tempat dalam
masyarakat remaja sementara mereka yang lambat matang perlu bersaing daripada
sudut fizikal dan sosial bagi mendapat tempat yang istimewa dalam kelompok remaja.
Dari segi tingkahlaku heteroseksual pula, remaja zaman dahulu mempunyai sikap yang
berbeza ke atas pelbagai aspek seksual berbanding dengan remaja zaman sekarang,
terutamanya remaja perempuan. Sebuah kajian ke atas kelompok pelajar sebuah kolej
di Amerika Syarikat di antara tahun 1900 dengan tahun 1980 menunjukkan peratusan
orang muda yang melakukan hubungan seks meningkat, dan kadar pelajar perempuan
yang melakukan hubungan seks meningkat lebih cepat dibandingkan dengan pelajar
lelaki. Beberapa buah kajian di Barat menunjukkan bahawa cinta adalah faktor utama
ramai remaja perempuan melakukan hubungan seks. Keinginan berkahwin dengan
pasangan mereka juga wujud di kalangan pelajar wanita tetapi kurang bagi pelajar
lelaki.
Faktor-faktor lain adalah seperti desakan teman lelaki, perasaan ingin tahu
dan keinginan seks yang tidak berkaitan dengan cinta. Baligh pula merupakan
perubahan biologi yang menandakan permulaan remaja. Ianya bermula apabila tahap
hormon yang memasuki saluran darah meningkat ekoran respon kepada isyarat daripada
bahagian otak iaitu hipotalamus. Apabila tahap pertumbuhan hormon bertambah dalam
badan, lonjakan pertumbuhan kanak-kanak dengan tiba-tiba akan berlaku. Lonjakan
ini merupakan tanda yang nyata tentang permulaan akhil baligh. Perkara yang paling
ketara semasa baligh adalah merupakan perkembangan permatangan seksual iaitu
kebolehan pembiakan. Menurut Jean Jacques Rousseau (1712-1778), akil baligh
bermula pada usia 15 tahun atau mungkin lebih awal dari yang dianggarkan. Pada
masa ini, kanak-kanak melalui peringkat kedua kelahiran, bentuk badan mula berubah
dan keinginan muncul dari dalam, perubahan angin, kemarahan, perubahan fikiran,
membuatkan mereka tidak dapat mengawal, mula berasa segan atau malu apabila
berhadapan dengan kehadiran orang yang berlainan jantina, dan mereka mula merasai
perasaan seksual. Dengan kata lain mereka mula tertarik antara satu sama lain.
Manakala menurut Sigmund Freud dan Anna Freud, awal remaja adalah peringkat yang
paling bermasalah disebabkan perubahan dramatik psikologi yang berlaku pada masa
tersebut. Zon genital, khasnya didorong tenaga seksual yang hebat, dan remaja
ini sekali lagi dilanda fantasi. Remaja ini mungkin rasa susah atau tidak selesa
apabila berada di kalangan ibu bapanya. Stanley Hall (1904) berpendapat
perkembangan seseorang individu ditentukan oleh naluri iaitu tenaga-tenaga biologi
dan faktor genetik dan bukannya persekitaran. Beliau mengatakan zaman remaja
sebagai zaman 'storm and stress' yang bersifat biologikal yang terhasil daripada
perubahan-perubahan yang berlaku semasa baligh yang tidak dapat dielakkan.
Mencapai akil baligh merupakan satu masa apabila emosi menjadi tidak stabil dan
tergugat. Hall percaya bahawa hasil daripada tekanan-tekanan dan perubahan
tersebut, remaja akhirnya akan menjadi individu yang matang dan bermoral.

TEORI PUNCA SALAH LAKU DAN MASALAH SOSIAL PELAJAR
Terdapat beberapa penjelasan mengenai punca devian. Teori fungsionalisme
menganggap devian sebagai disfungsi pada struktur sosial. Teori konflik
mengatakan devian merupakan tindakan golongan tertindas terhadap pihak
minoriti yang menindas. Teori subbudaya dan deprivasi status pula berpendapat
devian berpunca daripada budaya kumpulan yang berbeza dengan budaya masyarakat
besar. Deprivasi selalu berpunca daripada kekurangan ekonomi dan kelemahan
emosi. Remaja terutamanya daripada latar belakang kelas sosial rendah yang tidak
berjaya dalam akademik mengalami kekecewaan dan tekanan status lalu bertindak
melakukan devian.
Teori interaksionisme melihat devian sebagai sesuatu yang subjektif dan
merupakan suatu proses sosial. Pelajar sengaja memilih tingkahlaku tertentu
mengikut kemahuan mereka yang sesuai dengan cara mereka menginterpretasi sesuatu
. Kajian Tattum (1986) mendapati bahawa pelajar sengaja melakukan devian sebagai
teknik neutralisasi dalam interaksi mereka. Menurut Merton (1938) terdapat empat
jenis devian iaitu inovasi (suatu cara memenuhi matlamat dengan cara yang
salah), ritual (tindakan mengulang perbuatan), undur (seseorang yang tidak lagi
berminat dengan matlamatnya lalu melakukan alternatif lain sebagai tindakan )
dan menentang (menolak matlamat persekolahan dan menggantikannya dengan matlamat
lain).

MASALAH SOSIAL PELAJAR
Seks Bebas Dan Jenayah Seksual
Seks bebas dan jenayah seksual di kalangan pelajar kini semakin menular
dan membimbangkan kita terutamanya pelajar di kawasan bandar dan kota . Apa yang
menyedihkan kita ialah penglibatan mereka mula dikesan seawal usia 13 tahun
ketika mereka mereka berada di tingkatan satu dan dua. Seorang guru disiplin di
sebuah sekolah menengah mendedahkan bahawa beliau menemui kondom yang disimpan
dalam beg oleh pelajar wanita di sebuah sekolah di Taman Melawati, Kuala Lumpur.
Kondom itu ditemui ketika pemeriksaan mengejut dilakukan di sekolah tersebut.
Peningkatan pembabitan remaja perempuan dalam aktiviti maksiat juga adalah satu
lagi petanda bahawa keruntuhan akhlak remaja di Malaysia bertambah serius.
Seorang lagi guru di sebuah sekolah di Kuala Lumpur mendedahkan bahawa beliau
pernah membuat tinjauan di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada waktu malam dan
merasa sungguh terkejut kerana mendapati pelajarnya, lelaki dan perempuan
meneguk minuman keras tanpa segan silu di khalayak ramai. Beliau juga mendedahkan
terdapat seorang pelajar wanita di sekolahnya terlibat dalam pengedaran pil
ecstasy. Pelajat terbabit kerap ponteng sekolah dan apabila disiasat , pihak
sekolah mendapati pelajar itu adalah ketua pengedar pil ecstasy di sekolah itu.
Menurut Ketua Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim, jenayah
seksual di kalangan pelajar terutamanya di sekitar Kuala Lumpur semakin
meningkat sejak kebelakangan ini. Di antara jenayah seksual yang mereka lakukan
seperti mencabul kehormatan , merogol dan juga pelacuran . Mangsa yang dicabul
oleh mereka bukan sahaja pelajar wanita tetapi juga wanita-wanita dewasa. Selain
jenayah seksual, beliau mendedahkan mengenai masalah seks rambang, hamil luar
nikah dan pelacuran dikalangan pelajar di institusi pengajian tinggi
(IPT).Menurutnya, sehingga bulan Jun tahun ini, seramai 141 gadis bawah umur
berjaya diselamatkan daripada kancah pelacuran dan kegiatan seks haram di
seluruh negara dan sepanjang tahun lalu pula seramai 230 remaja bawah umur yang
terlibat berjaya diselamatkan
dan dihantar ke pusat pemulihan akhlak.
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan
berita seks oral dibawah meja di bilik
darjah oleh empat orang murid tahun dua di sebuah sekolah rendah di Taiping. Hasil
siasatan guru-guru, didapati bahawa seorang daripada murid itu mengulangi apa
yang yang dilihatnya dalam sebuah filem lucah , bersama-sama ibu bapanya pada
malam sebelumnya. Di sebabkan oleh sebab sifat ingin tahu, dia meminta rakan-
rakannya untuk mencubanya di bawah meja selepas guru mereka meninggalkan bilik
darjah. Namun apa yang sangat menyedihkan ialah sikap ibu bapa itu sendiri yang
sanggup mendedahkan anaknya kearah gejala sosial dengan menonton video lucah
bersama-samanya. Bagaimanakah ini boleh terjadi dalam masyarakat kita pada hari
ini ? Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya semua ini? Adakah anak yang
perlu dipersalahkan atau ibu bapa yang tidak berakhlak yang perlu dipersalahkan?
Ibu bapa hendaklah menjadi pemangkin dan contoh teladan yang baik bagi anak-anak
kerana pengaruh media massa pada zaman ledakan maklumat dan lambakan bahan-bahan
lucah seperti majalah dan VCD lucah amat mudah mempengaruhi tingkah laku anak-
anak dan para pelajar.
Remaja dan pelajar merupakan golongan pewaris kepimpinan hari ini dan penerus
wawasan negara. Kepesatan pembangunan ekonomi dan teknologi telah memberikan kesan
kepada pembangunan sosial dan insaniah para pelajar. Minda mereka menjadi lebih
terbuka dan bebas. Salah satu daripada gejala yang berlaku pada masa kini ialah
masalah penyalahgunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan
remaja. Aktiviti seperti "Lepak Siber", melayari halaman lucah dan hiburan
keterlaluan, penyebaran fitnah dan sebagainya merupakan gejala negatif yang
semakin menular di kalangan remaja. Justeru itu, satu bentuk langkah pembendungan
dan penyelesaian terbuka yang sesuai dengan minat dan citarasa mereka ini perlu
dilaksanakan agar mereka dapat mempertingkatkan potensi diri mereka dan
memanfaatkannya ke arah yang lebih positif.
Samseng Dan Gengsterisme
Gejala samseng atau gengsterime di sekolah menengah di seluruh negara juga
semakin membimbangkan. Mereka ternyata semakin berani mencabar undang-undang
dan tidak takut melakukan kesalahan jenayah termasuk menggunakan senjata
merbahaya. Berita Harian, 12 Julai 2001 lalu melaporkan dalam tempoh 10 tahun
antara 1989 hingga 1998 kadar jenayah membabitkan
remaja lelaki dan pelajar
meningkat sebanyak 35 peratus dan 25 peratus bagi remaja perempuan. Kementerian
Pendidikan dengan kerjasama polis telah mengenal pasti pelajar di 456 sekolah
menengah di seluruh negara terdedah kepada kegiatan samseng. Angka ini bukan
sedikit dan menunjukkan gejala ini ini berada pada tahap membimbangkan .
Kalau kita menyorot kembali gejala ini, kita akan diperlihatkan kepada
pembabitan pelajar dalam kes jenayah berat seperti membunuh, merogol,
menyamun, mengugut dan kes pukul. Terdapat juga pelajar yang terlibat dengan
dadah, mabuk, memiliki senjata api menceroboh , judi dan membuli. Peristiwa
terbaru ialah kejadian membakar sekolah dan rumah guru yang dilakukan oleh
pelajar sekolah. Seawal belasan tahun pelajar sudah terjebak dengan jenayah

Isu yang agak berat aku mahu utarakan pada kali ini. Keruntuhan moral dan akhlak remaja..dan..ya!!! sms berunsur seks lucah di kalangan pelajar kita.
Apa nak jadi dengan pelajar-pelajar sekolah zaman sekarang? Jika diperhatikan dari segi moral dan akhlak pelajar sekolah kini seolah-olah hidup di negara barat, pegi ke sekolah berdua-duaan, berpegangan tangan lelaki dan perempuan tanpa ada rasa segan dan silu. Lihat saja di keliling kamu semua, gejala keruntuhan moral dan akhlak pelajar sekolah kini seperti membimbangkan. Seawal pagi ibu dan bapa keluar kerja, sebelum itu dicium tangan ibu dan bapa, di dalam hati mereka…mudah-mudahan berkatlah apa yang dipelajari oleh anak mereka di sekolah nanti. Itu jauh di sudut hati mereka, di lambaikan tangan ke arah anak mereka. Tanpa di perhatikan oleh kedua-dua orang tua, si anak terus  ke sekolah tidak jauh dari rumah..bersama “rakan” sambil berpegangan tangan.’ Keadaan ini boleh menjurus pelajar kita ke arah yang negatif, contoh..seks luar nikah, sms lucah, gejala buang anak dan sebagainya.
Sampai ke tahap mana agaknya gejala keruntuhan moral pelajar-pelajar kita?
Baru-baru seorang guru disiplin sebuah sekolah menengah di Seremban, Negeri Sembilan apabila membaca khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam telefon bimbit milik seorang pelajar yang dirampas di sekolah, baru-baru ini. “Baby dah buka bra ke belum?” adalah SMS pertama diikuti SMS kedua yang bertulis “Kalau dah buka bra jgn lupa buka spender, mcm mana nak masuk…”
Itulah antara dua mesej yang dihantar oleh pelajar lelaki tingkatan empat di sekolah itu yang ditemui dalam telefon bimbitnya.
Mesej itu dihantar kepada teman wanitanya, seorang pelajar perempuan yang mungkin sebaya usia dengannya tapi bukan dari sekolah itu. Pelajar lelaki itu telah dikenakan tindakan oleh sekolah atas dua kesalahan iaitu membawa telefon bimbit ke sekolah selain menyimpan mesej yang berbaur lucah.Adakah ini menjadi satu kebanggaan buat kita? Seorang pelajar berusia 16 tahun yang sepatutnya belajar bersungguh-sungguh menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia tahun depan, menghantar mesej sedemikian rupa kepada teman sebayanya.
Walaupun bukan semua pelajar seperti pelajar lelaki yang ‘matang cepat’ itu, setidak-tidaknya ia membuka minda bahawa remaja di Malaysia kini kian terdedah kepada pergaulan terbuka tanpa batasan, seterusnya mampu menjurus ke arah perbuatan maksiat – zina, hamil anak luar nikah dan buang atau bunuh bayi. Mereka begitu banyak dihidangkan dengan hiburan berunsur seks, gambar-gambar seksi sama ada di majalah-majalah, televisyen ataupun yang terbaru kemudahan Internet.
Pelajar kini boleh membuka ‘YouTube’ untuk mencari aksi-aksi lucah tempatan dan luar negara. Mereka boleh melihat aksi remaja Melayu berbogel yang dirakamkan menerusi telefon bimbit lalu dihantar ke laman itu. Sedikit sebanyak, ia akan mempengaruhi remaja di Malaysia untuk terbuka mendapat pengetahuan mengenai seks. Tanpa Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) sekalipun yang kini diperkenalkan di sekolah-sekolah, ramai pelajar kita yang lebih arif tentang hal-hal berkaitan seksualiti.
Kita sepatutnya bimbang dengan senario ini. Pelajar menyalahgunakan pengetahuan mereka tentang seks untuk jalan yang tidak sepatutnya. Sebagai bukti, lihat apa yang berlaku di Melaka baru-baru ini. Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun melahirkan bayi lelaki hasil hubungan sulit dengan teman lelakinya, pelajar sebuah institusi pengajian tinggi berusia 19 tahun. Bayi lelaki itu yang dipercayai mati kemudian ditanam di tebing Sungai Melaka di Taman Melaka Baru, Batu Berendam.
Penyakit sosial seperti buang bayi ini dilihat semakin parah. Tidak mustahil ia berpunca daripada pengaruh-pengaruh negatif berunsur seks yang kini mendominasi jiwa para remaja. Sikap ingin mencuba tanpa mengetahui kesan yang bakal dihadapi juga membuatkan remaja kini semakin banyak terlibat dalam kes buang bayi. Di sinilah letaknya tanggungjawab kerajaan untuk bersama-sama pihak guru dan ibu bapa mendidik anak-anak bangsa supaya tidak mudah terpengaruh dengan perkembangan kemajuan masa kini.
Bagi ibu bapa pula, janganlah pula hanya meletakkan beban mengajar anak-anak ini di bahu guru. Sesekali, jengoklah telefon bimbit mereka, dan lihatlah apa kandungan SMS yang dihantar kepada rakan sebayanya.













0 comments:

Post a Comment

 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com